Monday, July 13, 2009

~MuKhaYyaM in MemOrY~


Inilah ikrar kami semasa program Mukhayyam pada 2-4 Julai 2009. Program pada kali ini di adakan di Camp Maynard. Tema mukhayyam pada kali ni adalah "The Making of Murabbi".

Semua org dibahagikan kepada 5 kumpulan. hehe...Diriku ini di'group'kan bersama2 mereka2 yg hebat iaitu:

  • Kak Dot
  • Kak Maryam
  • Kak Fadhilah
  • Kak Fadzilah
  • Kak Salbani (yg memilik suara yg amat merdu ketika bertilawah Al-Quran)
  • Kak Zati
  • Kak Nisa yg comel
  • Kak Salwa yg best tu...
  • Kak Hannah Fasihah
  • Mira
  • Suri
  • Kak Izzah Farhani Wellington
Nama group kami adalah Izzudin Al-Qassam. Nama ini adalah hasil buah fikiran Kak Hannah Fasihah yg berwajah pink2 itu.ngeh3.Al-Qassam tu, adalah nama utk bom buatan satu group Islam zaman ini.

Sesi pertama dimulakan dgn penyampaian perisian oleh akak yg mmg dikenali dikalangan kami, iaitu Kak Farehah yg serumah dgn Kak Fadhi, Kak Teh yg demam waktu itu dan Kak Hewa yg memilik sepasang mata yg kecik tetapi tajam renungannya.



Kak Farehah menyampaikan mengenai Wahai Pemuda. Berdasarkan hasil pembentangan akak Farehah itu, dpt disimpulkan bahawa pemuda adalah harapan semua umat utk mengembalikan ummat. Jadi, kita perlu memikirkan tentang ummat, lebih dprd memikirkan perihal diri sendiri. Selain itu, pemuda mestilah faham akan landasan dakwah yg betul. Dgn itu, tugas kita sbg pemuda Islam, adalah menceritakan hakikat Islam dgn jelas kpd mereka yg masih di dlm kancah kejahilan, yg mana mereka masih tidak mengerti perjuangan org Islam sekarang.



Selain itu, kita perlulah mengajak org lain beramal dgn Islam yg syumul. Berfikirlah dgn cara Islam. Lihatlah sesuatu ciptaan Allah itu dari perspektif Islam. Dgrlah sesuatu yg didengari dgn cara Islam. Jgnlah kita tergolong dlm golongan yg membahagi-bahagikan Al-Quran. Iaitu mengambil yg sebahagian serta menolak yg sebahagian lain.



Kita, pemuda2 Islam mestilah berkeyakinan tinggi dan menjadikan 'Syahid di fisabilillah' adalah cita2 tertinggi dlm hidup kita. Marilah kita berjuang bermati-matian demi menegakkan syiar Islam. Sesungguhnya Allah telah menjanjikan kebangkitan semula Islam. Tidak mahukah kita menjadi golongan yg bersungguh2 menaikkan semula Islam?? Atau hanya ingin menjadi golongan yg hidup pd zaman yg mana telah tertegaknya Syiar Islam?? Sesungguhnya, usaha seseorang itu lebih bermakna di sisi Allah S.W.T dan dihitung nilainya. Jadilah kita seperti Hawariyyun yg setia bersama2 Nabi Isa, memelihara satu2nya agama yg diredhai Allah S.W.T iaitu Islam.

1 comment:

alKhair said...

best kan...bestkan...;)