Sunday, July 19, 2009

Apa Khabar Iman???

Assalamualaikum...

Topik kali ini adalah Hari Yg Pasti, iaitu hari kiamat. Sesungguhnya, hari tersebut pasti akan berlaku. Dalam surah Al-Zalzalah, ada disebutkan bahawa bumi akan digoncangkan dgn goncangan yg amatlah dasyat. Sehinggakan bumi mengeluarkan beban2 berat yg terkandung di dalamnya.

Pada hari itu , semua manusia terpinga2 dan tertanya2, apakah yg sedang berlaku kepada bumi ni. Then, bumi menyampaikan beritanya, "Kerana sesungguhnya Tuhanmu telah memerintahkan yg demikian kepadaku"

Dan pada hari itu, manusia keluar dr kuburnya dlm keadaan berkelompok2 utk diperlihatkan kpd mereka balasan semua perbuatannya.

Drpd surah ini, kita dpt sedikit gambaran mengenai Hari Kiamat yg pasti akan datang itu. Berkelompok2 yg disebut itu adalah sama ada beruntung @ rugi. Jadi, yg menjadikan kita akan berada dlm kelompok yg mana satu, adalah amalan kita sendiri. Dlm surah Al-Zalzalah ini juga, disebutkan bahawa kebaikan dan kejahatan walau sebesar ZARAH sekalipun, akan diambil kira oleh Allah, dan akan ditunjukkan balasannya.

Oleh itu, cuba kita renungkan kembali, seberapa bykah amalan yg telah kita lakukan, selama kita hidup sekarang?? Pada hari itu, sebuah skrin besar tentang apa yg kita lakukan di dunia ini, ditayangkan secara terang2an oleh Allah di hadapan khalayak yg sgt ramai. Termasuklah para Rasul, Nabi dan sahabat2 yg hebat dan tinggi darjat mereka di sisi Allah. Tak malukah kita di hadapan mereka2 tersebut sekiranya apa yg kita buat selama si dunia ini langsung tak menyumbang apa2 utk Islam???

Tak takutkah anda akan azab seksa yg Allah sediakan utk mereka yg berpaling dari Islam??? Bersusah2lah di dunia, kerana syurga menanti di akhirat kelak. Bersabarlah dan tahanlah nafsu kita kerana Allah sentiasa bersama org yg bersabar. Sememangnya maksiat itu menyeronokkan kerana syaitan sememangnya telah menjadikan semua2 itu tampak indah. Tetapi, sebagai hamba Allah, bersabarlah kita di dunia kerana nikmat2 di syurga itu lebih indah dan sememangnya disediakan utk org2 yg beriman dan beramal soleh di dunia ini..

Allah berfirman:

"Katakanlah (Muhammad), tidaklah sama yg buruk dgn yg baik, meskipun byk keburukan itu menarik hatimu, maka bertaqwalah kpd Allah wahai orang2 yg mempunyai akal sihat, agar kamu beruntung"
[Surah Al-Ma'idah: ayat 100]

Allah telah pn ckp awal2 yg sememangnya byk bende buruk tu yg kita akan suka. Tapi Allah telah suruh kita bertaqwa kpd-Nya. Tak paham lagi kah kita yg ini nasihat direct dprd Allah kpd kita?

Marilah kita berserah diri kpd Allah secara syumul@ menyeluruh, kerana itulah selurus2 jalan yg Allah redhai....

No comments: