Tuesday, July 21, 2009

Ke CLiniC UoA????

Mekacih kak Dayenne kerana memberiku peluang utk menggantikan tempat beliau kerana kalo tak, beliau mahu meng'cancel'kan appointment beliau ngn doktor itu...Jadi, saya yg sedang batuk terok nih, bantai je la gi appointment tersebut..hehehhe

Dapat ubat batuk yg sedap. Tak makan ubat lagi nih....nk tdow nnt, baru makan...Mekacih akak Dayenne yg terchenta...kwang3...Sayaaaaang akak lebeyh....ehhehehhe...Jazakillah....

Subjek Pilihanku For 2nd Semester 2009...

Chemistry 120 (Chemistry Of The Material World)
Philosophy (Introduction to Logic)
Physics 102 (The Basic of Physics)
Mathematics 260 (Differential Equation)


hohooh...below is my timetable directly from nDeva...huuhuhuh...but,this semester punye class seems lyke not really packed la...leh go la kununnye...





Physics 102, so far Ok...but, tak tau la after this cmner kan. Kene amik berat sikit la 'bout fizik nih sbb xpenah amik fizik during high school. Last belajar fizik, tyme form 5 kot..ekekkekke...

Maths 260 lak, lecturer cm tegas + garang + sgt laju ajarannye. huhuuhhu...but, leh catch up after class..if wat latihan la kan..

Chem 120, best, but slang lecturer cam laen sikit r..susah nk catch up. huhuuhuh. so, kene bace byk after this.

Phil 101, lecturer and all the helpers cm klakar and very2 excited during the learning process. hohoho..Lecturer org Japan lak tuh. Although his slang is quite hard to be understood, the way he conveys his point is very clear...


Esok ada perkara perlu diselesaikan sendirian and hardly try to be independent in New Zealand. I can do it!!!! Go Farah Tikah !!! Go!!! Tawakal sepenuhnya kpd Allah seusai bermujahadah. Ameen.....

Monday, July 20, 2009

Ski Trip Dalam Kenangan

Here, just wanna share some the photos taken during the ski trip....Really miss the moment, where we're together, witnessing the Allah's creation.. In Al-Quran, there is a eveidence on how Allah create the snow. Refer surah An-Nur, sentence of 43..Be grateful because we're chosen by Allah to feel His snow..














Selamat Pagi~

Salam semua....


Aduyai...Hari ni start sudah 2nd semester in UoA 2009... ehem...sesungguhnya,, dari kecik, memang tak de mood la sikit utk 1st day punye..Tapi, refresh niat balik la...Gi belajar kerana Allah, dan mengumpul bahan2 utk membina UoA of Islam lak..hehehhe.

Marilah kita sama2 ke sekolah walopon malas, pada mulanya, tapi, bile dh lame2 tuh, semangat belajar akan dtg balik, iA..



Sunday, July 19, 2009

Apa Khabar Iman???

Assalamualaikum...

Topik kali ini adalah Hari Yg Pasti, iaitu hari kiamat. Sesungguhnya, hari tersebut pasti akan berlaku. Dalam surah Al-Zalzalah, ada disebutkan bahawa bumi akan digoncangkan dgn goncangan yg amatlah dasyat. Sehinggakan bumi mengeluarkan beban2 berat yg terkandung di dalamnya.

Pada hari itu , semua manusia terpinga2 dan tertanya2, apakah yg sedang berlaku kepada bumi ni. Then, bumi menyampaikan beritanya, "Kerana sesungguhnya Tuhanmu telah memerintahkan yg demikian kepadaku"

Dan pada hari itu, manusia keluar dr kuburnya dlm keadaan berkelompok2 utk diperlihatkan kpd mereka balasan semua perbuatannya.

Drpd surah ini, kita dpt sedikit gambaran mengenai Hari Kiamat yg pasti akan datang itu. Berkelompok2 yg disebut itu adalah sama ada beruntung @ rugi. Jadi, yg menjadikan kita akan berada dlm kelompok yg mana satu, adalah amalan kita sendiri. Dlm surah Al-Zalzalah ini juga, disebutkan bahawa kebaikan dan kejahatan walau sebesar ZARAH sekalipun, akan diambil kira oleh Allah, dan akan ditunjukkan balasannya.

Oleh itu, cuba kita renungkan kembali, seberapa bykah amalan yg telah kita lakukan, selama kita hidup sekarang?? Pada hari itu, sebuah skrin besar tentang apa yg kita lakukan di dunia ini, ditayangkan secara terang2an oleh Allah di hadapan khalayak yg sgt ramai. Termasuklah para Rasul, Nabi dan sahabat2 yg hebat dan tinggi darjat mereka di sisi Allah. Tak malukah kita di hadapan mereka2 tersebut sekiranya apa yg kita buat selama si dunia ini langsung tak menyumbang apa2 utk Islam???

Tak takutkah anda akan azab seksa yg Allah sediakan utk mereka yg berpaling dari Islam??? Bersusah2lah di dunia, kerana syurga menanti di akhirat kelak. Bersabarlah dan tahanlah nafsu kita kerana Allah sentiasa bersama org yg bersabar. Sememangnya maksiat itu menyeronokkan kerana syaitan sememangnya telah menjadikan semua2 itu tampak indah. Tetapi, sebagai hamba Allah, bersabarlah kita di dunia kerana nikmat2 di syurga itu lebih indah dan sememangnya disediakan utk org2 yg beriman dan beramal soleh di dunia ini..

Allah berfirman:

"Katakanlah (Muhammad), tidaklah sama yg buruk dgn yg baik, meskipun byk keburukan itu menarik hatimu, maka bertaqwalah kpd Allah wahai orang2 yg mempunyai akal sihat, agar kamu beruntung"
[Surah Al-Ma'idah: ayat 100]

Allah telah pn ckp awal2 yg sememangnya byk bende buruk tu yg kita akan suka. Tapi Allah telah suruh kita bertaqwa kpd-Nya. Tak paham lagi kah kita yg ini nasihat direct dprd Allah kpd kita?

Marilah kita berserah diri kpd Allah secara syumul@ menyeluruh, kerana itulah selurus2 jalan yg Allah redhai....

Saturday, July 18, 2009

Sedarlah wahai MUSLIMs!!!

ISLAM DIHINA DI MALAYSIA

Jom baca sama-sama...

Dunia akhir zaman semakin menakutkan bila
berkait dgn soal akidah. Nak jadi apa dah ni??
Patut laa ada yang kata tak nak ada anak.
Bukan takut nak beranak, tapi takut
ada anak yang terpesong akidah.. baik tak de langsung!!

Mufti Perak, Datuk Harussani Zakaria bangkit dalam isu ini dengan
membuat kenyataan akhbar bahwa umat Islam wajib isytihar perang
terhadap pertubuhan
IFC itu dan minta 50 ahli politik Islam yang menurunkan
signature sebagai menyokong penubuhan
IFC itu bertaubat kepada Allah swt
kerana dibimbangi aqidah mereka sudah terbatal [3]. Datuk Harussani juga
minta kepada semua penceramah, semua ustaz-ustaz yang mengajar
kuliah-kuliah dan semua khatib-khatib, supaya jangan lupa cakap benda ni
dalam kuliah-kuliah dan di atas mimbar-mimbar Jumaat bahwa pertubuhan
IFC ini adalah musuh Islam di M`sia.


Tuan-tuan tau diorang minta apa kat PM?...
Diorang send memorandum kepada PM
meminta 15 perkara berhubung
dengan Islam supaya dimasukkan dalam perlembagaan Malaysia .

Antaranya:


1)
Setiap anak yang baru dilahirkan di Malaysia jangan dikaitkan dengan
mana-mana agama sehinggalah anak itu berusia 18 tahun

- Tu dia tuan-tuan. Ini apa cerita ni? Maknanya, anak-anak kita langsung tidak boleh
dididikkan dengan cara Islam. Kita tak boleh bubuh nama Islam kat
anak-anak. Sampai umur 18 tahun, baru boleh duduk bincang di mahkamah,
tanya kat anak kita, "Kamu nk agama apa?"...Kalau dia kata nak
jadi hindu, maka jadi hindulah dia. Kita tak boleh nak buat apa sebab dah
digazetkan dalam Perlembagaan Negara.
So, mana HAK kita sebagai ibu bapa terhadap anak2 kita???? FIKIRLAH!!!!!!!

2) Di dalam dokumen pengenalan
mykad dan passport dihapuskan column
identiti agama - maknanya,
perkataan "Islam" yang ada kat mykad kita itu,depa
minta
di"tiada" kan .

3) Mana-mana
orang bukan Islam kalau nak kahwin dengan orang Islam, dia
tidak perlu masuk Islam.


4) Mana-mana
orang Islam yang nak kahwin dengan orang bukan Islam,
mestilah dia
tukar agama kepada bukan Islam.

5) Sebagaimana kerajaan Malaysia menyalurkan dana kepada masjid-masjid,
begitu juga
kerajaan Malaysia mesti menyalurkan dana kepada semua rumah
ibadat orang bukan Islam.


6)
Peraturan sekolah yang mengizinkan anak orang Islam menutup aurat
hendaklah dimansuhkan, kerana ia menghina agama bukan Islam.


7)
Hapuskan mahkamah syariah kerana ia juga menghina agama-agama lain -
mahkamah syariah kalau takdak, habih la kita tuan-tuan. Walaupun la ni
bukannya perfect, tapi itulah satu-satunya mahkamah yang defence agama
kita. Kalau mahkamah syariah disingkirkan, masalah faraid pusaka, masalah
nikah kahwin, cerai talak apa semua tu macamana?... .Kalau tak dak mahkamah
syariah, maknanya, perkahwinan tidak akan berjalan di atas akad nikah,
sebaliknya, perkahwinan akan dibuat secara berdaftar.


8) Mana-mana
orang bukan Islam yang masuk Islam, semua hartanya
dikembalikan kepada waris yang tidak beragama Islam.


9) Mana-mana
pasangan yang bukan Islam, apabila masuk Islam, maka hak
penjagaan anak
tidak boleh diberikan kepada mereka.


10) Sebagaimana
program-program di radio dan tv yang menerangkan tentang
ajaran Islam dalam bahasa ibunda masing-masing, begitu juga
ajaran-ajaran lain daripada Islam juga perlu diberi ruang.


11) Sepertimana Quran, hendaklah
kerajaan Malaysia turut mencetak bible
dalam bahasa Melayu untuk diedarkan di seluruh negara.


12)
Apa istimewanya Islam sehingga ditabalkan sebagai agama rasmi di
Malaysia ? ....lagi 3 perkara, saya tak ingat, anda boleh refer dalam
Majalah Millenium
Muslim.



Sebenarnya, pada pandangan saya, mereka nih, dh melampau sbb mungkin mereka nih,, dh lupa diri yg mereka hanya kaum yg dtg ke Tanah Melayu.. Bukan penduduk asal. Bayangkan,, kalau la mereka kt mana2 negara lain, mereka berani tak nk buat semua yg macam mereka buat sekarang kt Malaysia???? Dah sah2 kene halau @ kene hambat keluar dr negara tu jek... And, the most important factor yg buat mereka sgt berani sgt cmni, sbb mereka nampak sendiri yg pemimpin Malaysia sekarang pon,, kurang pegangan kepada agama Islam. So, sbb tu mereka boleh menyelit cmni. Kalo pemimpin xsedar diri lagi,, letak jawatan la senang. Bagi mufti jek yg jadik pemimpin. Nak jalankan HUKUM HUDUD pon, ok je skarang.. Sbb budak2 sekarang and 'mereka2' yg seperti itu pon, dh amatlah melampau!! Tapi,, pemimpin kene fikir gak, and kene teguh pendirian sbb kalo Malaysia (juga dikenali sbg negara Islam buat masa sekarang) berperang, lagi2 sbb nk menegakkan syariat ISLAM, saya SURE yg pihak2 yg nk menjatuhkan ISLAM mesti dh campur tgn punya!!!!!!!! contoh paling senang, AMERIKA!! Semua bende perlu difikirkan dahulu sebelum wat keputusan. Semoga Allah menyelamatkan Malaysia dan MUSLIM Malaysia....

Monday, July 13, 2009

~MuKhaYyaM in MemOrY~


Inilah ikrar kami semasa program Mukhayyam pada 2-4 Julai 2009. Program pada kali ini di adakan di Camp Maynard. Tema mukhayyam pada kali ni adalah "The Making of Murabbi".

Semua org dibahagikan kepada 5 kumpulan. hehe...Diriku ini di'group'kan bersama2 mereka2 yg hebat iaitu:

  • Kak Dot
  • Kak Maryam
  • Kak Fadhilah
  • Kak Fadzilah
  • Kak Salbani (yg memilik suara yg amat merdu ketika bertilawah Al-Quran)
  • Kak Zati
  • Kak Nisa yg comel
  • Kak Salwa yg best tu...
  • Kak Hannah Fasihah
  • Mira
  • Suri
  • Kak Izzah Farhani Wellington
Nama group kami adalah Izzudin Al-Qassam. Nama ini adalah hasil buah fikiran Kak Hannah Fasihah yg berwajah pink2 itu.ngeh3.Al-Qassam tu, adalah nama utk bom buatan satu group Islam zaman ini.

Sesi pertama dimulakan dgn penyampaian perisian oleh akak yg mmg dikenali dikalangan kami, iaitu Kak Farehah yg serumah dgn Kak Fadhi, Kak Teh yg demam waktu itu dan Kak Hewa yg memilik sepasang mata yg kecik tetapi tajam renungannya.



Kak Farehah menyampaikan mengenai Wahai Pemuda. Berdasarkan hasil pembentangan akak Farehah itu, dpt disimpulkan bahawa pemuda adalah harapan semua umat utk mengembalikan ummat. Jadi, kita perlu memikirkan tentang ummat, lebih dprd memikirkan perihal diri sendiri. Selain itu, pemuda mestilah faham akan landasan dakwah yg betul. Dgn itu, tugas kita sbg pemuda Islam, adalah menceritakan hakikat Islam dgn jelas kpd mereka yg masih di dlm kancah kejahilan, yg mana mereka masih tidak mengerti perjuangan org Islam sekarang.



Selain itu, kita perlulah mengajak org lain beramal dgn Islam yg syumul. Berfikirlah dgn cara Islam. Lihatlah sesuatu ciptaan Allah itu dari perspektif Islam. Dgrlah sesuatu yg didengari dgn cara Islam. Jgnlah kita tergolong dlm golongan yg membahagi-bahagikan Al-Quran. Iaitu mengambil yg sebahagian serta menolak yg sebahagian lain.



Kita, pemuda2 Islam mestilah berkeyakinan tinggi dan menjadikan 'Syahid di fisabilillah' adalah cita2 tertinggi dlm hidup kita. Marilah kita berjuang bermati-matian demi menegakkan syiar Islam. Sesungguhnya Allah telah menjanjikan kebangkitan semula Islam. Tidak mahukah kita menjadi golongan yg bersungguh2 menaikkan semula Islam?? Atau hanya ingin menjadi golongan yg hidup pd zaman yg mana telah tertegaknya Syiar Islam?? Sesungguhnya, usaha seseorang itu lebih bermakna di sisi Allah S.W.T dan dihitung nilainya. Jadilah kita seperti Hawariyyun yg setia bersama2 Nabi Isa, memelihara satu2nya agama yg diredhai Allah S.W.T iaitu Islam.

Monday, July 6, 2009

Sambungan Shuhaib Ar-Rumi

Walaupon die membesar kt Rom,die still ingat yg die nie,berketurunan Arab Tulin,, yg menghuni padang pasir...die sgt berkeinginan utk kembali kepangkuan kaumnye.. kerinduannye ingin kembali kepada kaumnye,,semakin bertambah, apabile seorg pendeta Nasrani b'kata kpd seorg pemimpinnye,,"Sudah hampir masa seorg Nabi akan keluar dr Mekah di Tanah Arab.
Baginda akan m'benarkan risalah Isa Bin Maryam. Dan mengeluarkan manusia drpd kegelapan kufur kepada cahaya keimanan."

Satu hari ni, dia b'peluang melarikan diri dari belenggu kehambaan.. Dia menuju ke Mekah, dan di sana, dia mendapatkan perlindungan..Dia menceburi bidang perniagaan serta mengikat janji dgn seorang pembesar Tanah Arab, 'Abdullah bin Jud'an.

Walaupon die dh kaya-raya,, die still t'igt2 kata2 pendeta tu..
Dia tye dlm ati,, "Bilakah agaknye ia akan b'laku?"

One day, dia balik dari perniagaan, dia dikhabarkan oleh seorang lelaki, yg Nabi Muhammad telah diutuskan....

Shuhaib: "Bukankah Muhammad yg diberi gelaran Al-Amin?"
Lelaki itu: "ya"
Shuhaib: "Dimanakah beliau?"
Lelaki itu: "Rumah Al-Arqam Bin Abi Al-Arqam di Shofa"

Lelaki tu bg warning kt Shuhaib nie ttg tentangan hebat dr org Quraisy yg.
Then, Shuhaib pn, tros gi ke rumah tersebut..Kt depan pintu umah tuh, die terjumpe ngn Ammar Bin Yasir (anak Sumayyah).

Shuhaib: "Kamu buat ape/mahu ape kt sni?"
Ammar: "Kamu plak?"
Shuhaib: "Aku mahu masuk umah nie."
Ammar : "Aku pon."


Then, dorang masuk umah itu bersame2..Sepanjang hari tuh, diorg abiskan mase ngn Rasullullah...
Mereka sgt bersemangat mendgr kata2 Rasullullah... dah malam, baru diorang balik..

So, Shuhaib pn, kene menanggung siksaan dari org2 yg menentang Rasullullah, just like others, cm Bilal Bin Rabah, Sumayyah, and yg sezaman dengan nye...Diandaikan siksaan yg dikenakan ke atas beliau, adalah spt:
"Andainya siksaan itu dikenakan ke atas bukit sekalipun,,nescaya ia akan meranapkannya"

Berat gile la siksaan yg die dpt..tp, die tawu,,"Jalan ke syurga dihampari dgn perkara yg tak disukai"

Kan Rasullullah and Abu Bakar nk gi hijrah ke Madinah kan??? Sebenarnye, die nk itot...
tp, kan dia ni org kaye...Org Quraisy nie tak mau la dia ni terlepas ke Madinah, dgn kekayan yg die ade...So, ramai la yg meng "spy" dia nih..

So, die wat helah, die berulang alik ke tandas, kononnye perot die ade prob la ...

Pengawal2 Quraisy tu,,berkata "Lata & Uzza dh menyibukkan Shuhaib ngn kerenah perutnye"
Lata & Uzza tuh,,name berhala2 mereka di Mekah nie. Then, pengawal pn t'tdow....Bile die nmpk dorg dh tdow ,die pn kluar..

Tp, pengawal2 nie, sedar akan kehilangan dia..So,mereka kejar la dia nih...Bile dh dekat, Shuhaib naik ke atas tempat yg tggi. Dia berkata,,"Korang pn taw kn yg aku nih pemanah yg hebat...bile aku panah,,musti tepat." So, mksdnye, die akan pertahankan diri die, ngan panah2 die tuh..and, if anak panah dh habis, die akan pertahankan diri ngn pedang yg ade plak..TGK! Betapa bersungguh2 nye dia...

Pastuh,
Pengawal2 tuh ckp: "Kami tak kan lepaskan ko, dgn harta2 ko yg byk tuh.."
Shuhaib: "Kalo aku bg harta2 aku,,korg lepaskan aku x?"
Pengawal: "Ya...kami akan lpskan ko."

Shuhaib pon,,bgtaw la mane die simpan harta2 dia. Lalu, die teroskan hijrah dia ke Madinah....
Sesampai kt Quba, Rasullullah begitu gembira & mengalu2kan kedatangan Shuhaib nie...
Rasulullah ckp," Untunglah jualan wahai Abu Yahya..Untunglah jualan. "(Rasulullah mengulang sbyk 3 kali ucapan ni). Shuhaib nie, tak sangka yg Rasulullah dh taw ape yg terjadi kt die..
Sbb, sebelum dia, tak de sape lg yg dtg kpd Rasulullah...Mksdnye, Allah dh bgtaw dh kt Rasulullah tentang apa yg dh berlaku kt Shuhaib Ar-Rumi nih..Mksd jualan tuh,,
Shuhaib nie, rela JUALkan hartanye, drpd jual agamanya....


Dalam Surah As-Saff, ayat 10-11, Allah S.W.T berfirman:

" Wahai org2 yg beriman! Mahukah kamu aku tunjukkan suatu perdagangan yg dpt menyelamatkan kamu dari azab yg pedih? Yaitu, kamu beriman kpd Allah dgn HARTA & jiwamu. Itulah yg lebih baik bagi kamu jika kamu mengetahui."



"

Monday, June 29, 2009

Sape Kenal Shuhaib Ar-Rumi?????

Shuhaib Ar-Rumi nie,,anak kepada Sinan bin Malik an-Numairi,,pemerintah kota al-Ubullah...Antara adik-beradik beliau,, Shuhaib nie disayangi lebey sikit oleh ayahnye.... antara ciri2 Shuhaib nie:

  1. Memiliki muka yg putih + bersih + berseri..
  2. Rambut kemerah-merahan..
  3. Sgt cergas, kecerdikan + kebijaksanaannye t'pancar dari kedua matanya..
  4. periang + ceria..
  5. menghilangkan kerunsingan ayahnya yg memerintah....
Pada suatu hari (mcm kanak2 tadika bercerite la plak),, mak Shuhaib and Shuhaib nie,, pergi ke Ats-Tsaniyyi, Iraq...Nk gi makan angin la kononnye nie...Diorg diringi oleh pengiring2 mereka la....But,, tetibe kampung yg diorg gi tu,, diserang oleh tentera Rom...
Tentera Rom nih,, membunuh pengawal2, merampas harta,, menawan kekanak dan wanita2..
So,, antara yg tertawan adalah beliau (Shuhaib)..Di Rom tu,, beliau dijual..pemilik beliau,, dh bertukar2 beberapa kali...

Beliau yg pada masa tu,, jd hamba kt istana Rom,, membenci + pandang hina pd masyarakat Rom...Sebabnye:
  • Kejahatan + kejelikan di istana Rom.
  • Kezaliman + kedosaan yg berleluasa.
Beliau berkata di dalam hati:
"Sesungguhnya masyarakat sebegini tak boleh dibersihkan melainkan dgn TAUFAN"

To be continued........

Nampak Remeh,, tapi Sebenarnye.......



Kepada masyarakat kt luar tu,, ade sesaper x yg suke lepak kt STARBUCKS?????
korang taw STARBUCKS tu,, sebenarnya APE??? I mean,, pe yg dorang wat??? Ape maksud disebalik name STARBUCKS???
So,, kt blog nih,, just nk bgtaw pe yg saye taw..Starbucks nie,, actually is one of the biggest supporters of the state of Israel...It means,, BUCKS for the STAR...if kite tgk bendera Isreal,, kan lambangnye adalah Bintang(STAR)..kt bwh nie,, ade la gambar sikit2 utk tatapan korang...


FOR THE



So,, be carefull where you spend your money!!

Sunday, June 28, 2009

Tentang Diri Ini..

Saya ni, baru jek wat blog ni...sbb macam nk bgtaw org lain,, ttg ape yg saye tahu...
saya study kt UoA (University of Auckland).. Major in chemistry. Anyway,, if ade ter "mix" bahasa,, sile jgn marah cuz sometimes,, ade bende yg if kite sampaikan dgn bhs Inggeris,, maybe maknanye lebih difahami...ngeh3...

Well, I hope that every1 enjoys reading of what i'm posting in here.. Thanx a lot...