Thursday, May 12, 2011

Tak Seindah Luaran

Senyum
Semua orang boleh senyum
Tapi
Perhatikanlah matanya
Adakah bersinar seiring dengan senyuman yg dilemparkan
Senyuman itu walaupun tampak penuh
Tapi penuh dengan kepura-puraan, ketidakikhlasan
Kerana sesungguhnya
Mata itulah yg membawa maksud segala-galanya yg terbuku di segenap penjuru hati
Walaupun bibir menguntum senyum sampai ke telinga
Tetapi
Gembirakah orang itu sebenarnya?
Jika,
Matanya memandang kosong apa-apa sahaja di hadapannnya
Seolah-olah ada sesuatu yg membuat hatinya gusar, sedih dan terluka
Ya...
Mata....
Kurniaan Allah yg paling berharga
Tanpa kata-kata, ia boleh "berbicara"
Lihat mata, terungkailah segala persoalan dan prasangka
Mata tidak pernah menipu si pemandangnya
Kapan kah akan bertemu dengannya?
Dengan harapan
Mata ini dapat memberitahunya
Betapa
Hati ini sarat dengan rindu, marah, benci, sayang, padanya
Betapa
Dirinya sangat bermakna
Sangat dicintai
Yang selama ini
Dia
Tak pernah tahu semua itu




No comments: