Tuesday, August 17, 2010

Nak Buat Atau Tak Nak???

Kadang-kadang, kita takut untuk melakukan sesuatu yang baru, kerana takut tidak akan berterusan dlm melakukannya. kenapa nk takut? At least, telah terdetik dlm hati kita untuk melakukan kebaikan...dlm erti kata lain, Allah telah menghidupkan semula hati yg mungkin hampir 'mati'.

Oleh itu, ambillah peluang yang ada utk terus melakukan kebaikan itu. Jangan menjadi golongan yg terus menolak seruan kebaikan. Ingatlah. Apabila terdetik niat untuk melakukan kebaikan, Allah telah mengira itu sebagai suatu kebajikan. Allah itu Maha Pengasih, Maha Penyayang..

"Nanti ape orang kata"??? Dalam beribadah,penilaian Allah lah yg kita dambakan, bukan pujian manusia yg hanya akan membuka pintu-pintu neraka bg kita, kerana riak yg memekar di hati, setiap kali di simbah pujian.

"No matter where you are or what you do, REMEMBER Allah is watching over you"...

Allah sentiasa dekat dengan kita..Dalam bulan penuh keberkatan ini, marilah kita mendekatkan diri kepada Allah.. Allah rindu utk mendengar rayuan dan rintihan hamba-hamba-Nya.. Mengadu kepada Allah, tak sama dengan mengadu kepada manusia.. Jika mengadu kepada manusia,kadang-kadang, manusia itu sendiri sudah malas utk menadah telinga, mendengar aduan2 yg macam2. Tetapi, Allah, Tuhan sekelian alam berbeda sama sekali. Semakin kita mangadu kepada-Nya, semakin Allah sayang kepada kita.

Ingatlah. Jikalau datangnya seruan kebaikan, genggamlah ia dan mula lah mengorak langkah ke jalan yg diredhai-Nya. Sesungguhnya, hanya Allah yg Maha Mengetahui setiap apa yg tersurat dan yg tersembunyi dalam hati hamba-hamba-NYa. Bermujahadahlah kerana Allah tahu hamba-Nya yg manakah yg sedang bertabah hati berperang dengan nafsunya sendiri.

-sekian-

No comments: